I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 15, 2011

Pelajar kurang memahami teks Prosa Melayu Klasik-Hikayat

Kebanyakan murid sekolah yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu hampir di semua sekolah mengalami masalah kesukaran untuk memahami teks melayu klasik iaitu Hikayat. Rata-rata murid mengatakan kesukaran memahami perkataan yang digunakan dalam teks hikayat menjadi punca mengapa mereka kurang memahami sekali gus menjadikan mereka kurang meminati teks hikayat tersebut. Walaupun dalam peperiksaan SPM misalnya, soalan berkenaan prosa tradisional merupakan soalan pilihan, namun begitu teks hikayat tersebut merupakan teks yang mempunyai banyak nilai estetika dan dapat memberi mesej yang tersendiri kepada murid. Teks hikayat perlu diajar kepada murid tidak kiralah sama ada ia soalan pilihan atau tidak. terdapat banyak manfaat dan juga kebaikan mempelajari teks hikayat kerana ia merupakan teks yang menggambarkan kehidupan masyarakat melayu pada masa dahulu. Cerita-cerita dalam hikayat mempunyai banyak nilai-nilai yang boleh diterapkan dalam diri murid. Tugas sebagai guru, haruslah membuat murid tertarik dan minat untuk mempelajari teks hikayat. Kadang-kadang faktor guru mengajar juga mempengaruhi minat murid untuk mempelajari teks hikayat. Gaya pengajaran guru yang membosankan dan konvesional yang hanya menyuruh pelajar menyalin nota dan membuat latihan sahaja tidak dapat menimbulkan rasa minat pelajar untuk mempelajari hikayat dengan lebih mendalam. Oleh itu, langkah perubahan kepada guru-guru haruslah dilakukan dan segera dilaksanakan. 

hmmm

Umurku da 23 tahun sehari ari ni....
harap2 aku tabah hadapi hari2 yg mendatang..
macam2 la dalam pale hotak aku ni..
huhuk...
harap semuanye ok la...
yg penting kena penuhkan ilmu di dada...
aku nk ngajar murid2 dgn ikhlas..
InsyaAllah~