I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 26, 2011

Untungnye jadi Wanita..Alhamdulillah...

sebagai seorang wanita, kita haruslah bersyukur kerana banyak keistimewaan yang Allah berikan dan janjikan kepada kita..MasyaAllah....
  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

  1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  1. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  1. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

  1. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  1. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

  1. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

  1. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  1. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

  1. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

  1. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

  1. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  1. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  1. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

  1. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

  1. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

  1. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

  1. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Friday, November 25, 2011

mulut perlu dijaga~hati kena bersih~

salam..haa...awas mulut anda semua ye..!hehe...
mesti ramai yang mempunyai pengalaman diumpat, mengumpat, mencaci dan dicaci kan??? tipulah kalau ade yg x pernah sbb dunia skrang da makin canggih..kalau x dapat mengata @ mengumpat @mengkeji@ mencaci face to face, banyak lagi wadah yang dapat digunakan untuk aktiviti menambahkan dosa seumpama itu misalnya melalui facebook, twitter dan mcm2 lg la..betul x?? ada yang kawan mengumpat sesama kawan dan ade juga sebaliknya. tidak hairanlah ade sahabat yang berkawan rapat tiba2 boleh renggang~fuhhh... contohnya, dalam satu geng tu ade la dalam 6 orang berkawan baik. mula2 persahabatan tu xde banyak masalah sangat, tapi bile da lame ckit mulalah kawan a dgn kawan b ngumpat yang c.. yang c dgn yg d ngumpat yang a ni..haihh..xde keje lain da yee?? kenapa terjadinya perkara seumpama itu?beberapa sebab faktor terjadinya masalah ini iaitu :
a. rase tidak puas hati dengan sikap atau perangai kawan yang diumpat itu
b. dengki dgn kelebihan yg ade pade si diumpat itu
c. xde benda yang hendak dibincangkan just hilangkan boring..erkkk??
d. memang da hobi mereka sentiasa mengumpat kalau sehari x mengumpat rs x sempurna hidup..ahaks!mantap2
e. mereka merasakan diri mereka cukup perfect untuk menilai orang lain padahal mereka pun 7 kali sepuluh je perangainye..hampeehhh..
f. dan banyak lagi..malas aku nak senaraikan sebab terlalu banyak faktornye n lenguh tangan aku nk taip..hehe


jadi, korang blh nilai sendiri la sama ada perbuatan tersebut baik atau sebaliknya. perbuatan seperti ini akan menganggugugat persahabatan yang terjalin sesama kita.
tapi kan, kadang2 sakit hati juga kan kalau ade yg jenis depan kite bermanis mulut, tapi, belakang kite berasap die mengumpat kite..huwaaa..x sanggup be...ape jenis manusia la..da la kadang2 mintak tolong kite lagi tuh...padahal dorang bermuka2 dgn kite..ish..nauzubillah la...
tapi, kalau aku ni jenis pemaaf, kejap je kalau rs nak marah kt orang tu..tambah2 kalau die merupakan rakan yang agak rapat dengan aku..huhu...(bukan nk kate aku baik lah..tp tu la hakikatnye..kerek sehyyy..haha)

jadi, sama2 lah kite berfikir dengan baik dan rasional. janganlah kita khianati persahabatan yang terjalin..dan jangan lah kita melakukan kerja yang sia2 serta mendapat dosa free.. sama2 lah kite membersihkan hati..dan hilangkan sifat iri hati serta dengki sesama kita...Amin~