I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 5, 2012




p/s: impian aku nk bela sekor...insyaAllah...hehe..Suke sgt...


KISAH SI MAWAR DAN SI POHON BAMBU

Di sebuah taman, terdapat taman bunga mawar yang sedang berbunga. Mawar-mawar itu mengeluarkan aroma yang sangat harum. Dengan warna-warni yang cantik, banyak orang yang berhenti untuk memuji  mawar. Tidak sedikit pengunjung taman meluangkan waktu untuk berfoto di depan atau di samping taman mawar. Bunga mawar memang memiliki daya tarik yang menawan, semua orang suka mawar, itulah salah satu lambang cinta.

Sementara itu, bersebelahan taman itu, ada sekelompok pohon bambu yang tampak membosankan. Dari hari ke hari, bentuk pohon bambu yang begitu saja, tidak ada bunga yang mekar atau aroma wangi yang disukai banyak orang. Tidak ada orang yang memuji pohon bambu. Tidak ada orang yang mahu mengambil foto di samping pohon bambu. Maka tidak heranlah jika pohon bambu selalu cemburu saat melihat taman mawar dikerumuni banyak orang.
“Hai bunga mawar,” ujar si bambu pada suatu hari. “Tahukah kau, aku selalu ingin menjadi sepertimu. Berbunga dengan indah, memiliki aroma yang harum, selalu dipuji cantik dan menjadi saksi cinta manusia yang indah,” kata sang bambu dengan nada sedih.

Mawar yang mendengar hal itu tersenyum, “Terima kasih atas pujian dan kejujuranmu, bambu,” ujarnya. “Tapi tahukah kau, aku sebenarnya iri denganmu,”
Si bambu keheranan, dia tidak tahu apa yang membuat mawar iri dengannya. Tidak ada satupun bagian dari bambu yang lebih indah dari mawar. “Aneh sekali, mengapa kau iri denganku?”
“Tentu saja aku iri hati denganmu. Cuba lihat, kau mempunyai batang yang sangat kuat, apabila badai datang, kau tetap bertahan, tidak goyah sedikitpun,” ujar sang mawar. “Sedangkan aku dan teman-temanku, kami sangat rapuh, kena angin sedikit saja, kelopak kami akan lepas, hidup kami sangat singkat,” tambah sang mawar dengan nada sedih.
Bambu baru sadar bahawa dia punya kekuatan. Kekuatan yang dia anggap biasa saja ternyata dapat mengagumkan si mawar. “Tapi mawar, kamu selalu dicari orang. Kamu selalu menjadi hiasan rumah yang cantik, atau menjadi hiasan rambut para gadis,”
Sang mawar kembali tersenyum, “Kamu benar bambu, aku sering dipakai sebagai hiasan dan dicari orang, tapi tahukah kamu, aku akan layu beberapa hari kemudian, tidak seperti kamu,”
Bambu kembali bingung, “Aku tidak mengerti,”

“Ah bambu..” ujar mawar sambil menggeleng, “Kamu tahu, manusia sering menggunakan dirimu sebagai alat untuk mengalirkan air. Kamu sangat berguna bagi tumbuhan yang lain. Dengan air yang mengalir pada tubuhmu, kamu menghidupkan banyak tanaman,” lanjut sang mawar. “Aku jadi heran, dengan manfaat sebesar itu, seharusnya kamu bahagia, bukan iri padaku,”
Bambu mengangguk, dia baru sadar bahwa selama ini, dia telah bermanfaat untuk tanaman lain. Walaupun pujian itu lebih sering ditujukan untuk mawar, sesungguhnya bambu juga memiliki manfaat yang tidak kalah dengan bunga cantik itu. Sejak percakapan dengan mawar, sang bambu tidak lagi merenungi nasibnya, dia senang mengetahui kekuatan dan manfaat yang bisa diberikan untuk makhluk lain.
Daripada menghabiskan tenaga dengan iri hati pada orang lain, lebih baik bersyukur atas kemampuan diri sendiri, apalagi jika berguna untuk orang lain. 

p/s: alhamdulillah..setiap pada kita mempunyai kelebihan masing2..
salam..hye semua...

hurmm..merokok?bagus ke utk kesihatan?? mesti tak kan?kitorang ade debate next week utk program gcap ni..so tajuk die perlukah merokok diharamkan (dalam bi sebenarnya) aku da siap2 translate dah..hehe..
banyak sgt kemudaratan kalau merokok ni..salah satunya MEMBAZIR, MENJEJASKAN KESIHATAN, dan lain2...duit utk beli rokok tu kalau kumpul rasanya boleh da beli kereta mewah rasanya. takpun masuk minang gf..haha..kannn...

kesihatan tu perlu dijaga...itu amanah Allah kepada kita..so, jaga lah ye..merokok ni byk bagi kesan yang tak baik..contohnya kalau lelaki lah..mereka akan mendapat risiko ketidaksuburan sperma..so, hati2 lah ye kaum adam...
bagi kaum hawa plak..ade jgk yang merokok kan..skang merokok x kira bertudung ke atau tak..sma saja..pernah juga terlihat seorang akak ni yang bertudung ayu..ingatkan ok la kan..tiba2 dia keluarkan rokok and terus nyalakan lighter("meceh" ore kelate panggil)huhu...terkejut jugak la kitorang time..hurmm..waspadalah kaum hawa yang merokok..ia mungkin akan memberi kesan kepada bayi yangh bakal anda lahirkan kelak..pastu risiko kanser lagi tu..hurmm..

satu lagi...si perokok ni selalunya pakaian diorang ni berbau ckit..hurm..xperlulah nak gtau bau macam mana kan..sbb semua orang pasti tahu..so, kesian kt dorang mesti ade yang ttp hidung bila lalu tepi diorang..huhu

susah sangat nk dorong perokok tegar ni berhenti merokok tau..aku sndiri pun mempunyai orang yang tersayang merokok..hurmm..da berbuih aku ckp tp xde perubahan pun..haiyaa..so..just let they thinking and slowly give they a spirit to change their behavior..sebab perubahan xkan berlaku sekelip mata kan??just give they a change...

aku skang tengah mengumpul maklumat tentang bagusnya pengharaman rokok ni... :) 

p/s: sejuknya kt lab segi college ni..haihh..beku la kali nihh..

k..bye2..salam...

Monday, June 11, 2012

musim kawen2 n tunang2..aiseyyy..

salam..
hye..lame x merapu kt cni..hehe..baru je lepas musim cuti skolah tp musim kenduri kawen n tunang n sebagainya masih lg x reda..huhu...banyak undangan tp sesetengah je dpt aku ikut..yela, keje kannn...xde alasan lain,tu la alasan yg selalu aku bg if ade kwn2 yg bertanye akan ketidakdapathadiran aku ke sesuatu undangan majlis...hehe...tp kan..kan,..syok jgk tgk org kawen ni kan?yela..dpt pkai baju cantek2, dilayan macam raja..n yg penting jd org paling glamour la pada masa tu...cam artie gtuuu..hehe.. tapi..yg  xsyok nye... kalau attend mana2 majlis mesti org2 yg lebih tua akan mengajukan soalan kpd aku..mcm biasa soalan yang xperlu menjadi teka teki lg..soalan ape lg kalau bukan sal kawen..aiseyyymen...ssh mau jwb ma..hehe.. aku just senyum je la kalau ade yg bertanye..dan akan jwb.. "InsyaAllah kalau sampai seru nanti adalah tu"hehe..simple je jwb..pastu mesti dorang akan tanye soalan selanjutnya...da ade calon ke?n mcm2 lg la..aku hanya balas dengan senyuman dan dorang meneka sesama mereka..haha..tp tu la kan..bile umur da makin bertambah dari tahun ke tahun..yg sebaya dgn aku pun da beranak pinak..aihh..ssh la mau cakap apa aku rs..bercampur baurrr derr.. namun,aku sentiasa berdoa..agar perkara yg baik ni dapat dilansungkan pada masa yg sesuai nnti...maybe pas posting n sidia bersedia dari segi mental dan fizikal..hehe..perkara kawen2 ni x bleh wat main2..ni soal hidup..kalau boleh nk bahagia hingga ke akhir hayat..dan kalau boleh juga nk bercinta hingga ke syurga,..InsyaAllah..amin~

Saturday, November 26, 2011

Untungnye jadi Wanita..Alhamdulillah...

sebagai seorang wanita, kita haruslah bersyukur kerana banyak keistimewaan yang Allah berikan dan janjikan kepada kita..MasyaAllah....
  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

  1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  1. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  1. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

  1. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  1. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

  1. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

  1. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  1. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

  1. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

  1. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

  1. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  1. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  1. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

  1. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

  1. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

  1. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

  1. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Friday, November 25, 2011

mulut perlu dijaga~hati kena bersih~

salam..haa...awas mulut anda semua ye..!hehe...
mesti ramai yang mempunyai pengalaman diumpat, mengumpat, mencaci dan dicaci kan??? tipulah kalau ade yg x pernah sbb dunia skrang da makin canggih..kalau x dapat mengata @ mengumpat @mengkeji@ mencaci face to face, banyak lagi wadah yang dapat digunakan untuk aktiviti menambahkan dosa seumpama itu misalnya melalui facebook, twitter dan mcm2 lg la..betul x?? ada yang kawan mengumpat sesama kawan dan ade juga sebaliknya. tidak hairanlah ade sahabat yang berkawan rapat tiba2 boleh renggang~fuhhh... contohnya, dalam satu geng tu ade la dalam 6 orang berkawan baik. mula2 persahabatan tu xde banyak masalah sangat, tapi bile da lame ckit mulalah kawan a dgn kawan b ngumpat yang c.. yang c dgn yg d ngumpat yang a ni..haihh..xde keje lain da yee?? kenapa terjadinya perkara seumpama itu?beberapa sebab faktor terjadinya masalah ini iaitu :
a. rase tidak puas hati dengan sikap atau perangai kawan yang diumpat itu
b. dengki dgn kelebihan yg ade pade si diumpat itu
c. xde benda yang hendak dibincangkan just hilangkan boring..erkkk??
d. memang da hobi mereka sentiasa mengumpat kalau sehari x mengumpat rs x sempurna hidup..ahaks!mantap2
e. mereka merasakan diri mereka cukup perfect untuk menilai orang lain padahal mereka pun 7 kali sepuluh je perangainye..hampeehhh..
f. dan banyak lagi..malas aku nak senaraikan sebab terlalu banyak faktornye n lenguh tangan aku nk taip..hehe


jadi, korang blh nilai sendiri la sama ada perbuatan tersebut baik atau sebaliknya. perbuatan seperti ini akan menganggugugat persahabatan yang terjalin sesama kita.
tapi kan, kadang2 sakit hati juga kan kalau ade yg jenis depan kite bermanis mulut, tapi, belakang kite berasap die mengumpat kite..huwaaa..x sanggup be...ape jenis manusia la..da la kadang2 mintak tolong kite lagi tuh...padahal dorang bermuka2 dgn kite..ish..nauzubillah la...
tapi, kalau aku ni jenis pemaaf, kejap je kalau rs nak marah kt orang tu..tambah2 kalau die merupakan rakan yang agak rapat dengan aku..huhu...(bukan nk kate aku baik lah..tp tu la hakikatnye..kerek sehyyy..haha)

jadi, sama2 lah kite berfikir dengan baik dan rasional. janganlah kita khianati persahabatan yang terjalin..dan jangan lah kita melakukan kerja yang sia2 serta mendapat dosa free.. sama2 lah kite membersihkan hati..dan hilangkan sifat iri hati serta dengki sesama kita...Amin~

Friday, October 21, 2011

Nilai air mata seorang wanita

♥♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang pere...mpuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.
wahai jejaka,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

wahai sang jejaka, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

 kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
 

jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

entry ni aku amik dari facebook..cukup menarik *_*