I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 21, 2011

Nilai air mata seorang wanita

♥♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang pere...mpuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.
wahai jejaka,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

wahai sang jejaka, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

 kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
 

jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

entry ni aku amik dari facebook..cukup menarik *_*

Sunday, October 16, 2011

ikhlas vs fesyen?

walaupun sibuk menyediakan slide utk perbentangan esok, aku masih sempat lagi tulis something kt blog ni.hehe..skang memang sibuk dengan tesis..biasala da semester akhir..walaupun kelas xde sgt tp tugasan tu berat la ckit...aku xde ape nk cite kt cni cuma just terfikir je..skang trend bertudung semakin berleluasa. Dari sudut agama memang ia dituntut kerana wanita wajib memelihara auratnya. namun, sejauh mana keikhlasan kita dalam mengenakan hijab bagi menutup aurat kita? sama-sama lah kita merenung sejenak..adakah kerana fesyen?adakah kerana pakwe yang suruh?atau saje2 je..? bagi yang betul2 ikhlas..Alhamdulillah...itulah yang dituntut...namun disini aku harap, kita sama-sama lah ikhlas dan jujur dalam setiap tindak tanduk kita terutamanya dalam tuntutan menutup aurat.. seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak jenis fesyen tudung di pasaran. pelbagai jenis, corak dan warna. namun, bagi wanita islam, kita haruslah bijak dalam menentukan hijab yang mahu kita kenakan itu. pilihlah hijab yang benar2 menutup aurat yang seperti telah dijelaskan di dalam Al- quran. jangan hanya mengenakannya tanpa menghiraukan kawasan mana yang perlu kita lindungi daripada pandangan mata kaum adam khususnya.. sama-samalah kita berubah demi kebaikan. Aku luahkan kt cni bukan utk sape2, utk diriku sendiri jugak...aku sendiri masih lagi dalam proses kearah itu. kerana setiap kali aurat ini terdedah kepada bukan muhrim, hati ini tidak pernah tenang... namun, apabila hijab itu menutupi aurat ini, ketenangan ini hadir. Alhamdulillah~ aku doakan sahabat2 sekalian juga begitu.. doakan juga ketenanganku kerana aku juga bukan sempurna~salam~