haiii.....ini blog kepunyaan Leen Aziz...juz for fun...hehe...yg penting kite enjoyy..!!
Sunday, October 16, 2011
ikhlas vs fesyen?
walaupun sibuk menyediakan slide utk perbentangan esok, aku masih sempat lagi tulis something kt blog ni.hehe..skang memang sibuk dengan tesis..biasala da semester akhir..walaupun kelas xde sgt tp tugasan tu berat la ckit...aku xde ape nk cite kt cni cuma just terfikir je..skang trend bertudung semakin berleluasa. Dari sudut agama memang ia dituntut kerana wanita wajib memelihara auratnya. namun, sejauh mana keikhlasan kita dalam mengenakan hijab bagi menutup aurat kita? sama-sama lah kita merenung sejenak..adakah kerana fesyen?adakah kerana pakwe yang suruh?atau saje2 je..? bagi yang betul2 ikhlas..Alhamdulillah...itulah yang dituntut...namun disini aku harap, kita sama-sama lah ikhlas dan jujur dalam setiap tindak tanduk kita terutamanya dalam tuntutan menutup aurat.. seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak jenis fesyen tudung di pasaran. pelbagai jenis, corak dan warna. namun, bagi wanita islam, kita haruslah bijak dalam menentukan hijab yang mahu kita kenakan itu. pilihlah hijab yang benar2 menutup aurat yang seperti telah dijelaskan di dalam Al- quran. jangan hanya mengenakannya tanpa menghiraukan kawasan mana yang perlu kita lindungi daripada pandangan mata kaum adam khususnya.. sama-samalah kita berubah demi kebaikan. Aku luahkan kt cni bukan utk sape2, utk diriku sendiri jugak...aku sendiri masih lagi dalam proses kearah itu. kerana setiap kali aurat ini terdedah kepada bukan muhrim, hati ini tidak pernah tenang... namun, apabila hijab itu menutupi aurat ini, ketenangan ini hadir. Alhamdulillah~ aku doakan sahabat2 sekalian juga begitu.. doakan juga ketenanganku kerana aku juga bukan sempurna~salam~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment